Jumaat, 24 Mei 2013

Ayah Oh Ayah

Banyak sangat dah aku menulis dan mengkritik ayahanda-ayahanda dalam perjuangan pekida,dan aku konsisten akan terus kritik mereka selagimana aku melihat pekida masih bersarang dengan orang-orang jahil,sombong dan gila terus memimpin bahtera pekida yang amat aku sayang.Aku kritik mereka kerana aku melihat di Malaysia ini belum ada mana-mana pertubuhan dan perjuangan yang mempunyai pengikut yang dididik dan diterap dengan ketaatan dan peradaban yang luar biasa sekali melainkan Pekida dan Jemaah Al Arqam..Jadi,sebelum ketaatan dan peradaban pengikut-pengikut Pekida ini menjadi ketaatan dan peradaban yang sia-sia,elok lah dari sekarang aku mencuba sedaya upaya dengan sedikit qudrat yang Allah swt berikan kepada aku untuk mengubah dan membersihkan segala kekotoran yang terdapat dalam pekida dan pemimpin-pemimpin pekida itu sendiri..
Biarlah anakanda-anakanda yang jahil dan sombong sehingga menjadi taksub buta dengan ayah-ayah piang ini menganggap aku pengkhianat atau sebagainya,aku tetap berbangga di anggap pengkhianat syaitan kerana aku sedang mengkritik dan berusaha untuk memperbetulkan para pengkhianat Allah dan Rasul ini ke jalan yang di Redhai Allah dan Rasul saw..
Apa-apa yang aku luah dan tuliskan disini bukanlah kerana mencari kemasyhuran ataupun mencari masalah,jauh sekali mempunyai perasaan benci dan iri hati kepada mereka,sebaliknya kerana kasih,sayang dan rasa bertanggungjawab lah aku wujud kan blog ini...Aku semak dan kecewa melihat orang-orang yang memimpin Pekida adalah orang-orang yang punya matlamat dan kepentingan diri,yang menjadi pencacai ahli-ahli politik apatahlagi ahli politik yang bersifat dan berpewatakan dengan sifat-sifat yang amat bertentangan dengan prinsip pekida itu sendiri yaitu prinsip mendaulahkan Kalimah Allah di bumi Malaysia ini dan Amar Maaruf Nahi Mungkar..

Khamis, 23 Mei 2013

Pelajaran Awal

Aku masih lagi nak berbicara pasal ayahanda ataupun khalifah yang mereka war-warkan dalam pertubuhan mereka,sehingga waktu aku sedang menaip ni,mata aku melilau-lilau melihat keadaan sekeliling tempat aku sedang duduk mencari ilham sambil menulis blog,aku melihat sekumpulan bangsa melayu sedang duduk dengan menyusun meja yang teramat panjang di sekitar tempat duduk aku,dan aku melihat seorang laki-laki yang berusia dalam lingkungan 50an duduk di tempat duduk utama,ramai-ramai yang bersama laki-laki itu sebelum melabuhkan punggung pakat beratur untuk bersalam sambil mencium tangan laki-laki tersebut.
yang aku geli dan jijik sekali dalam kumpulan itu ada gadis-gadis yang seksi turut serta bersalam dan mencium tangan laki-laki itu...Aku tersenyum sorang-sorang sambil terdetik dalam hati aku,mereka ini Pekida kah,aku cuba buang jauh-jauh buruk sangka aku terhadap pekida tetapi amat malang sekali apabila aku terdengar perbualan mereka sama seperti cara pekida berbual,dengan menyapa ayah,abang dan sebagainya..agak-agak nya bila lah pekida ini hendak berubah,meletakkan manusia yang benar-benar berkelayakan,manusia yang mendahulukan Ugama dan Mengutamakan Allah swt sebagai Pemimpin utama mereka..barulah anak-anak melayu akan hidup dalam keadaan diberkati Allah swt,Doakan aku,insyaAllah dalam post-post akan datang aku akan cuba kongsikan apa-apa perkara berkaitan Ibadah,fardhu ain dan fardhu kifayah agar kita dapat sama-sama mengamalkannya untuk memacu dan mendayung bahtera yang sedang kita tunggangi ini menuju ke destinasi yang Abadi...InsyaAllah