Jumaat, 24 Mei 2013

Ayah Oh Ayah

Banyak sangat dah aku menulis dan mengkritik ayahanda-ayahanda dalam perjuangan pekida,dan aku konsisten akan terus kritik mereka selagimana aku melihat pekida masih bersarang dengan orang-orang jahil,sombong dan gila terus memimpin bahtera pekida yang amat aku sayang.Aku kritik mereka kerana aku melihat di Malaysia ini belum ada mana-mana pertubuhan dan perjuangan yang mempunyai pengikut yang dididik dan diterap dengan ketaatan dan peradaban yang luar biasa sekali melainkan Pekida dan Jemaah Al Arqam..Jadi,sebelum ketaatan dan peradaban pengikut-pengikut Pekida ini menjadi ketaatan dan peradaban yang sia-sia,elok lah dari sekarang aku mencuba sedaya upaya dengan sedikit qudrat yang Allah swt berikan kepada aku untuk mengubah dan membersihkan segala kekotoran yang terdapat dalam pekida dan pemimpin-pemimpin pekida itu sendiri..
Biarlah anakanda-anakanda yang jahil dan sombong sehingga menjadi taksub buta dengan ayah-ayah piang ini menganggap aku pengkhianat atau sebagainya,aku tetap berbangga di anggap pengkhianat syaitan kerana aku sedang mengkritik dan berusaha untuk memperbetulkan para pengkhianat Allah dan Rasul ini ke jalan yang di Redhai Allah dan Rasul saw..
Apa-apa yang aku luah dan tuliskan disini bukanlah kerana mencari kemasyhuran ataupun mencari masalah,jauh sekali mempunyai perasaan benci dan iri hati kepada mereka,sebaliknya kerana kasih,sayang dan rasa bertanggungjawab lah aku wujud kan blog ini...Aku semak dan kecewa melihat orang-orang yang memimpin Pekida adalah orang-orang yang punya matlamat dan kepentingan diri,yang menjadi pencacai ahli-ahli politik apatahlagi ahli politik yang bersifat dan berpewatakan dengan sifat-sifat yang amat bertentangan dengan prinsip pekida itu sendiri yaitu prinsip mendaulahkan Kalimah Allah di bumi Malaysia ini dan Amar Maaruf Nahi Mungkar..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wr wbt tuan///,saya baru menjumpai blog tuan,dan saya amat2 hargai segala teguran dan kritikan tuan,cuma saya kurang bersetuju dengan cara tuan menulis dan beberapa kalimat yang tuan lontarkan ketika menulis dan mengkritik dalam blog tuan ini..

Tanpa Nama berkata...

As Salam///,cuma tompang lalu,nak tanye pemilik blog ni dari simpang/// mane?

megat terawehh berkata...

Nk kritik jgnlah terlalu jilake,cool n down,ni mcm india mabuk