Ahad, 27 Oktober 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah akhir nya aku di beri lagi kesempatan untuk menerus kan penulisan blog ini setelah berbulan-bulan aku terhenti untuk meluah kan apa yang terpendam di hati aku selama ini dan juga berkongsi sedikit ilmu yang Allah swt hadiah kan buat aku..
Aku hendak berkongsi ilmu bukan bermakna aku nak bagitahu yang aku ni banyak ilmu,aku nak berkongsi kerana aku mengharap agar Allah memberi lagi seluas-luas kurniaan NYA khusus nya ilmu mengenai syari'at suci ini semata-mata untuk mengejar impian dan cita-cita untuk bermustautin kekal di dalam syurga Allah swt bersama kekasih Allah Sayyiduna Muhammad saw,kaum keluarga baginda,sahabat-sahabat baginda dan Para Syuhada' Solihin..
Ada penganut Pekida memberi komentar dalam blog aku ni,komen dia supaya aku berhenti daripada bercerita mengenai Pekida yang baginya aku ni tidak tahu apa-apa pun tentang Pekida..Ada juga yang menganggap aku memfitnah Pekida..dan aku rasa aku kenal akan siapa yang memberi komen-komen tersebut..dan kalau betul lah tekaan aku maka dengan nama Allah yang Maha Mulia Yang Maha Agung,Aku dengan perasaan rendah diri dan amat-amat terhina menyeru Brother-Brother yang berkomen itu agar kita sama-sama kembali ke Jalan Allah dan Jalan Sayyiduna Muhammad saw,Jom tingkat kan Iman dan Taqwa kita sama-sama..Tinggal kan lah kerja yang sia-sia...dekati lah Ulama',Rajin-rajin lah ke rumah Allah,Tunai kan lah Solat..dan rajin-rajin lah Solat berjemaah..hidup ini sementara sahaja..dah sampai masa untuk kita sama-sama dari sekarang memperuntukan masa dan waktu kita untuk Allah..siap kan bekalan banyak-banyak untuk bertemu dan mengadap Allah..bekal yang perlu dan akan kita bawa adalah ilmu,iman dan amal soleh,bukan duit yang banyak,bukan pengikut yang ramai,didik anak-anak kita ta'at kepada Allah,kenal kan mereka kepada Allah dan kitab Allah..ajar mereka Alqur'an supaya bercahaya kubur kita nanti..
Brother yang sangat aku kasihi,aku dan kamu suatu hari nanti akan sama-sama mengadap Allah,Aku bukan takut dengan pengaruh dan kehebatan kamu dalam bersilat,aku hanya takut di sana nanti kamu akan dakwa aku di hadapan Allah,Maka tulisan ini aku hadap kan sepenuh perhatian untuk kamu supaya nanti aman tenteram aku tidak didakwa dakwi oleh kamu,seruan ini juga untuk aku dan kamu dari lubuk hati aku yang paling dalam..
Aku berlepas diri dari sangkaan korang,aku tidak memfitnah,aku cuma cuba berkongsi kebenaran dan cuba untuk menyelamat kan korang dari kebatilan dan tipudaya iblis syaitan..

Tiada ulasan: