Ahad, 27 Oktober 2013

Silent Soldier?

Dalam peraturan Pekida dan juga mana-mana gerakan berpaksikan jihad,perkara utama dan asas mereka adalah 'bai'ah'..ahli-ahli sebelum di bawa masuk bersama-sama dalam bahtera gerakan ini,setelah di pasti kan sempurna tarbiah dan serba serbi,maka mereka akan di bawa mengadap pemimpin tertinggi mereka ataupun khalifah mereka,kalau pekida mereka mengguna pakai istilah ayahanda atau ayah..
Ayahanda ini lah bertanggung jawab sepenuh nya untuk mem bai'ah mereka.Aku menyokong penuh dengan cara dan amalan mereka kerana ianya bersangkut paut dengan cara dan amalan yang di lakukan oleh Rasulullah saw..tetapi aku gelisah dan berasa serba salah dengan cara,tindakan ataupun perlaksanaan dan juga kesalah fahaman juga kekeliruan mereka dalam perkara bai'ah..bagi aku apa yang sedang melanda pekida adalah sindrom kegilaan yang luar biasa,kerana mereka sudah ubah banyak perkara dalam ba'ah..mereka ubah cara,lafadz dan macam-macam lagi lah..
Tapi sekarang ni,aku tangguh dulu perkongsian aku tentang bai ah,sebab aku nak respon komen salah seorang pembaca dan penjenguk blog aku yang menafi kan bahwa kebanyakan mereka telah melakukan kerja munkar melebihi kerja makruf bahkan ramai juga yang menjadi penghalang kerja makruf,dan paling aku geli hati bila mereka mengaku yang mereka itu "silent soldier","membantu kerja polis" juga membantu kerja pegawai-pegawai "pejabat ugama" dalam kerja pencegahan jenayah dan maksiat..aku rasa tak perlu pun aku berpanjang lebar mengenai ini sebab korang pun lebih tahu dan sendiri melihat gelagat,perangai dan seluruh aktiviti mereka..
Hati-hati apabila korang menganggap bahawa korang ini "silent soldier" sebab syaitan itu juga silent soldier..
mudah-mudahan korang di pilih Allah swt menjadi mujahid Allah yang sebenar..nak jadi mujahid sebenar,wajib lah korang tahu dan belajar dulu perkara jihad..bila dah kenal jihad baru lah terhapus jahat,bila dah tak jahat baru di angkat sebagai mujahid..sebab mujahid duduk nya di atas sajadah..malam nya beribadah,siang nya berjihad..tempat mujahid bukan di pintu kelab malam,pintu rumah judi,pintu rumah pelacuran..walau apa pun maksud korang..ulama' pesan kat kita.."Matlamat tetap tidak menghalalkan cara".
Nanti aku kongsi sikit perkara tentang jihad di tulisan aku akan datang..
Bye....

Tiada ulasan: