Sabtu, 23 November 2013

Pekida untuk Umno?

Tulisan-tulisan dan cerita-cerita yang aku kongsi kan di blog ini semuanya umpama pertanyaan yang aku rasa ramai bersama aku nak tahu bahawa "Apa itu Pekida"?Apa matlamat Pekida?Untuk apa Pekida di tubuh?Apa untung Ugama Bangsa dengan adanya Pekida?
Adakah pekida itu untuk pukul dan lawan siapa sahaja yang menentang orang melayu umno(gangster simpanan umno)..untuk menjaga kepentingan orang-orang melayu umno, di tubuh sebagai proksi orang-orang melayu umno???
Untuk apa lagi pekida perasan menama dan menjenamakan pertubuhan mereka sebagai pasukan jihad?pasukan nak buat kebajikan untuk islam dan umatnya serta pendakwah nya?juga pasukan untuk melahirkan ramai pejuang dan pendakwah-pendakwah yang berpegang dengan ajaran islam melalui kesetiaan kepada rasul junjungannya Sayyiduna Muhammad saw.
Aku dan ramai-ramai sahabat aku kat luar melihat pekida dan orang-orang nya yang ada sekarang hanya lah berjuang untuk memartabat kan umno dan melayu nya bukan islam seperti prinsip asal dalam bai'ah..kalau mereka nak anggap semua orang melayu itu islam,mengapa mereka melalui ayah-ayah mereka sanggup mengkhianati dan menganiaya saudara sebangsa dan seugama mereka seperti orang-orang Pas,Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dalam pkr..sepatutnya pekida wajib berkecuali dalam hal-hal melibatkan urusan dan fikrah politik masing-masing..bukan bertindak berat sebelah..kalau mahu terus kan agenda berat sebelah seperti yang sedang di amalkan sekarang,sila lah umum kepada umum bahawa pertubuhan kamu hanya mengambil dan membai'ah orang-orang melayu yang hanya akan taat setia bersama umno..jangan berbohong mengguna pakai nama islam,nama jihad dan sebagai nya untuk menjadikan bangsa melayu itu bangsa yang tidak di benar kan berfikir dan kreatif dalam berfikir..
Jangan lagi tipu anak-anak melayu yang sayang kepada islam dengan menjadikan islam  ini hanya di cerita bukan sebagai praktikal dalam kehidupan..sama saja lah sifat pertubuhan dan kebanyakan kepala-kepala dalam pertubuhan kamu itu seperti Abdullah b Ubai b Salul tokoh munafiq..nak tahu apa itu munafiq?
Munafiq itu adalah "Menzahir kan Islam dan Menyembunyikan Kufur" lidah dan atas kertas cerita islam tetapi perbuatan dan perlaksanaan itu meruntuh kan islam..
bye...

Selasa, 19 November 2013

Zaman Gila

Dalam sebulan dua ini Malaysia umpama gempa bumi apabila dihangatkan dengan macam-macam isu,bermula dari kes sebuah tempat yang di jadikan surau di sebuah chalet di kota tinggi sehingga lah isu seorang berbangsa cina yang meminta di perlahankan azan di sebuah surau dalam kawasan taman perumahan di kuala lumpur..
Aku share isu-isu yang berlaku ini kerana aku melihat semua isu ini banyak melibatkan ahli pekida aka silent soldier aka pasukan elit ketenteraan islam yang mereka dakwa..
Pertama aku nak sentuh isu kecil yang menjadi besar di mata orang melayu khususnya yang terlibat dalam pekida adalah isu sekumpulan orang beragama buddha yang melakukan ritual di sebuah tempat yang dijadikan surau oleh pemilik chalet di kota tinggi..aku tidak melihat pun bahawa para sami itu menghina islam apabila menjadikan tempat itu ritual mereka kerana itu bukan surau,itu hanya lah sebuah bilik atau dewan yang di jadikan surau oleh pemilik chalet apabila ada pelanggan beragama islam meminta di sediakan tempat untuk mereka bersolat jemaah dan jika itu surau sekalipun,cuba bagitahu aku dalil atau mana-mana pendapat ulama' muktabar yang melarang atau mengharamkan bagi orang-orang kafir untuk masuk dimana-mana surau dan tempat ibadah umat islam selain masjidil haram..kalau haram dan berdosa,masjidil aqsa sudah lama di bahagikan dua bahagian ataupun ada dua ruangan solat antara muslim dan nasrani,ia berlaku dari zaman sayyidina omar khattab ra lagi sehingga sekarang..
Perkara kedua pula adalah tindakan tidak bijak jabatan ugama johor yang di hasut oleh puak-puak yang jarang solat untuk merobohkan surau berkenaan.,apabila di kritik mereka cipta alasan merobohkan bangunan itu kerana arah qiblat nya tidak tepat..
Yang menjadi persoalan aku sampai hari ini,ulama' mana ajar kita jika sesebuah masjid atau surau itu arah qiblatnya tidak tepat maka robohkan ke semuanya,sama juga kita berfaham,jika seseorang itu solat kemudian salah qiblat nya "maka kita bunuh orang itu"? kalau itu lah fahaman orang-orang yang bertanggungjawab menjaga kemurnian dan kesucian ugama islam di negara ini,maka mereka lebih sesat daripada syi'ah,wahabi maupun ajaran tuhan harun yang sedang di buru sekarang..
Aku juga berpendapat jika tempat ibadah umat islam dicemari oleh penganut selain islam boleh di robohkan,apa kata kita umat islam ramai-ramai bersembahyang di kuil,tokong dan gereja supaya kuil,tokong dan gereja-gereja itu juga boleh di robohkan..
Aku post kan isu ini kerana aku melihat,kita sedang hidup di sebuah zaman yang sangat-sangat pelik..zaman ramai orang nak jadi hero,zaman ramai orang mencari publisiti atau kemasyhuran meng atas namakan islam..zaman orang-orang gila dan jahat di sanjung..zaman ramai orang nak cari makan atas nama dakwah..tapi ramai juga orang yang tidak suka nak menuntut ilmu apatah lagi untuk memenuhi majlis ilmu..
Maka orang-orang yang dikuasai iblis dan syaitan pun mengambil peluang di setiap ruang untuk membodohkan ramai umat sayyiduna Muhammad dengan membesar-besar kan perkara kecil dan mengecil-kecilkan perkara besar..
Isu orang buddha membuat ritual mereka di surau itu isu yang kecil,isu yang besar adalah isu surau dan masjid kosong,tak ramai umat Nabi Muhammad saw nak penuh kan surau atau masjid..kalau surau dan masjid itu penuh..maka berani kah orang yang berlainan ugama dengan kita itu mengguna kan tempat ibadah kita..dan yang sibuk nak jadi hero tu pun bukan semuanya kaki pergi masjid pun..bahkan ada yang tidak tahu langsung perkara istinja'.thaharah dan sebagai nya apatah lagi berkaitan solat..
Sepatutnya jabatan ugama dan pejuang-pejuang ugama melalui NGO maupun bebas ini berperanan mendidik masyarakat bukan mengeliru dan membodoh kan masyarakat..fikir kan lah skill dan cara untuk mendekatkan masyarakat dengan rumah Allah supaya ramai masyarakat mahu ke rumah Allah..
Surau di chalet itu sudah pun di robohkan untuk di bina semula..tetapi apa natijah atau kesan masyarakat islam setelah berlaku perkara sedemikian..sehingga sekarang Masjid dan surau masih tidak penuh..orang Islam ramai,Masjid di bina besar-besar dan mewah-mewah tak pernah penuh melainkan hari jumaat..itu pun yang datang solat jumaat masih ramai orang-orang tak pandai,kadang-kadang cara berwudhu' pun tak betul.
Nanti lah aku sambung lagi.....