Tulisan-tulisan dan cerita-cerita yang aku kongsi kan di blog ini semuanya umpama pertanyaan yang aku rasa ramai bersama aku nak tahu bahawa "Apa itu Pekida"?Apa matlamat Pekida?Untuk apa Pekida di tubuh?Apa untung Ugama Bangsa dengan adanya Pekida?
Adakah pekida itu untuk pukul dan lawan siapa sahaja yang menentang orang melayu umno(gangster simpanan umno)..untuk menjaga kepentingan orang-orang melayu umno, di tubuh sebagai proksi orang-orang melayu umno???
Untuk apa lagi pekida perasan menama dan menjenamakan pertubuhan mereka sebagai pasukan jihad?pasukan nak buat kebajikan untuk islam dan umatnya serta pendakwah nya?juga pasukan untuk melahirkan ramai pejuang dan pendakwah-pendakwah yang berpegang dengan ajaran islam melalui kesetiaan kepada rasul junjungannya Sayyiduna Muhammad saw.
Aku dan ramai-ramai sahabat aku kat luar melihat pekida dan orang-orang nya yang ada sekarang hanya lah berjuang untuk memartabat kan umno dan melayu nya bukan islam seperti prinsip asal dalam bai'ah..kalau mereka nak anggap semua orang melayu itu islam,mengapa mereka melalui ayah-ayah mereka sanggup mengkhianati dan menganiaya saudara sebangsa dan seugama mereka seperti orang-orang Pas,Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dalam pkr..sepatutnya pekida wajib berkecuali dalam hal-hal melibatkan urusan dan fikrah politik masing-masing..bukan bertindak berat sebelah..kalau mahu terus kan agenda berat sebelah seperti yang sedang di amalkan sekarang,sila lah umum kepada umum bahawa pertubuhan kamu hanya mengambil dan membai'ah orang-orang melayu yang hanya akan taat setia bersama umno..jangan berbohong mengguna pakai nama islam,nama jihad dan sebagai nya untuk menjadikan bangsa melayu itu bangsa yang tidak di benar kan berfikir dan kreatif dalam berfikir..
Jangan lagi tipu anak-anak melayu yang sayang kepada islam dengan menjadikan islam ini hanya di cerita bukan sebagai praktikal dalam kehidupan..sama saja lah sifat pertubuhan dan kebanyakan kepala-kepala dalam pertubuhan kamu itu seperti Abdullah b Ubai b Salul tokoh munafiq..nak tahu apa itu munafiq?
Munafiq itu adalah "Menzahir kan Islam dan Menyembunyikan Kufur" lidah dan atas kertas cerita islam tetapi perbuatan dan perlaksanaan itu meruntuh kan islam..
bye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan