Isnin, 1 April 2013

Ta'at Pemimpin

Zaman sekarang,orang-orang belajar ugama atau senang kita sebut ustaz-ustaz banyak sembunyikan beberapa kebenaran tentang apa yang sebenar-benar nya yang nak di sampaikan oleh Nabi Muhammad saw,dan aku rasa tidak terlalu kurang ajar kalau aku sebut ramai jugak ustaz-ustaz yang belajar ugama kerana nak mengisi tembolok mereka dengan menjelir-jelirkan lidah mereka di pintu-pintu mahligai pemimpin dan orang kaya seperti anjing lapar sehingga mereka jadi buta terhadap perkara-perkara kebenaran daripada Nabi saw yang harus mereka sampaikan..antara nya perkara ta'at pemimpin,tak kira lah pemimpin negara ka,pemimpin ngo ka,walhasel nama pemimpin..
Sini aku nak tunjuk dan ajar sikit beberapa perkara yang selalu kebanyakan ustaz lapar tidak memberitahu kita:       Hadith 1:
Rasulullah saw bersabda:Sesiapa taat kepada aku maka sesungguhnya dia taat kepada Allah. Dan sesiapa derhaka kepada aku maka sesungguhnya dia derhaka kepada Allah. Dan sesiapa taat kepada pemimpin maka sesungguhnya dia taat kepada aku. Dan sesiapa derhaka kepada pemimpin maka sesungguhnya dia derhaka kepada aku.
Hadith 2:
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Tidak ada ketaatan dalam perbuatan maksiat terhadap Allah. Sesungguhnya hanya sahaja taat adalah dalam kebaikan.
Dua hadith di atas nampaknya saling bertentangan. Hadith 1, memerintahkan ketaatan kepada pemimpin secara mutlak manakala hadith 2 memerintahkan ketaatan hanya dalam hal-hal yang merupakan kebaikan, tidak dalam hal-hal yang merupakan kemungkaran dan kemaksiatan.
Pertentangan ini dapat dihilangkan dengan mengkaji secara mendalam susunan teks antara kedua-dua hadith di atas. Hadith 1, berbicara secara terbuka tanpa adanya had, sempadan atau batasan manakala Hadith 2 berbicara secara terhad, memiliki sempadan dan batasan.
Hadith 1 dikenali sebagai hadith yang memiliki Lafaz Mutlaq, iaitu lafaz yang menunjukkan atas suatu objek yang tercakup dalam jenisnya tanpa dibatasi oleh suatu batasan dari cakupan tersebut. Hadith 2 dikenali sebagai hadith yang memiliki Lafaz Muqayyad, iaitu lafaz yang memiliki petunjuk atas sesuatu yang telah dibatasi dengan suatu batasan yang mempersempitkan cakupannya atau petunjuk lafaz tersebut telah tertentu maknanya.
Apabila bertembung antara hadith yang memiliki lafaz Mutlaq dengan hadith yang memiliki lafaz Muqayyad, maka hendaklah hadith lafaz Mutlaq tersebut difahami mengikut petunjuk yang dibawa oleh hadith yang memiliki lafaz Muqayyad. Ini adalah kerana hadith lafaz Muqayyad berperanan melengkap dan memperincikan lagi petunjuk hukum yang dibawa oleh hadith lafaz Mutlaq tersebut.
Berkata Ulama': Kami tidak mengetahui adanya perselisihan pendapat di antara para ulama’ mengenai bolehnya mengamalkan lafaz mutlaq yang difahami secara muqayyad dalam masalah ini. Memang seharusnya demikian. Mengamalkan lafaz muqayyad bererti telah mengamalkan petunjuk hukum yang terkandung dalam lafaz mutlaq, manakala mengamalkan lafaz mutlaq tidak bererti mengamalkan petunjuk hukum yang terkandung dalam lafaz muqayyad. Sehingga menjama’kan keduanya merupakan kewajipan utama yang harus dilakukan. 
Kembali kepada pertentangan antara Hadith 1 dan 2 di atas, maksud sebenar antara kedua-dua hadith tersebut adalah, hendaklah taat kepada pemimpin selagi pemimpin tidak memerintahkan sesuatu yang berupa kemungkaran atau kemaksiatan. Pembatasan yang dimiliki oleh Hadith 2 melengkapkan lagi maksud yang terkandung dalam Hadith 1, sehingga menjadilah kedua-duanya muafakat antara satu sama lain.
Inilah sebenarnya maksud yang dikehendaki oleh Rasulullah sallalahu-alaihi-wasallam apabila beliau memerintahkan ketaatan kepada seseorang pemimpin, dan mengaitkan ketaatan tersebut sebagai ketaatan kepada dirinya dan kepada Allah Azza wa Jalla. Kehendak ini diperkuatkan lagi oleh baginda dengan sebuah hadith lain:
Patuh (mendengar) dan taat hanyalah benar selagi tidak diperintah dengan kemaksiatan. Jika diperintah dengan kemaksiatan maka tiada lagi kepatuhan dan ketaatan.
Nanti aku sambung lagi...

         

Ta'at Pemimpin?

BACA betul-betul maksud firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa' ini dan fahami betul-betul apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. Kalau dah faham tu takkan tak reti-reti lagi
Firman Allah SWT (maksudnya):-
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. [An-Nisaa': 58]
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur'an) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [An-Nisaa': 59]
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Qur'an yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. [An-Nisaa': 60]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Qur'an yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu." [An-Nisaa': 61]

Ayat 58 adalah perintah dari Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya supaya memilih dan menyerahkan amanah sebagai pemimpin kepada orang yang betul-betul layak dan pemimpin tersebut wajib menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh sifat keadilan kepada semua manusia yang di bawah kepimpinannya.

Ayat 59 pula adalah perintah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman supaya mentaati-Nya, mentaati Rasul-Nya dan taat kepada pemimpin yang telah dipilih. Walaubagaimanapun, Allah SWT memerintahkan agar semua pihak agar kembali merujuk kepada perintah Allah SWT sebagaimana yang terkandung dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sekiranya terdapat sebarang pertikaian dan perbalahan sesama sendiri.

Ayat 60 pula adalah penjelasan dari Allah SWT bahawa orang-orang termasuk dari kalangan pemimpin yang dilantik, yang mengaku beriman kepada Al-Qur'an tetapi tidak mahu menjalankan amanah dan hukum (undang-undang) dengan merujuk kepada Al-Qur'an tetapi sebaliknya lebih gemar menggunakan hukum (undang-undang) taghut adalah tergolong dalam golongan orang-orang munafik dan mereka akan semakin jauh disesatkan oleh Syaitan laknatullah

Ayat 61 pula adalah penjelasan Allah SWT, bahawa golongan munafik ini apabila diseru dan dan di minta supaya berhakim dengan hukum (undang-undang) Allah SWT dan Sunnah Rasulullah s.a.w., mereka ini bukan sahaja enggan dan menolak bahkan sebaliknya berusaha pula dengan bersungguh-sungguh supaya orang lain ikut menentang perlaksanaan hukum Allah SWT serta Sunnah Rasulullah s.a.w.

Fikir dan renungkanlah, apakah apa yang diperkatakan Allah SWT ini sedang berlaku di kalangan masyarakat kita sekarang ini? Jika ianya telah dan sedang berlaku, apakah kita masih sanggup mendiamkan diri kita dengan terus membiarkan dan terus memilih pemimpin-pemimpin munafik ini?

Selamat befikir!!!

Khianat

Amanah dan khianat adalah dua sifat  yang sangat berbeza satu dengan yang lainnya, yang banyak diungkapkan di dalam Alquran maupun di dalam hadith Nabi SAW.

Amanah termasuk sifat terpuji yang harus melekat pada setiap pribadi orang yang beriman,bila dan di mana pun, serta apa pun tugas dan kedudukannya. Sedangkan khianat termasuk sifat yang buruk dasn tercela (akhlaq madzmumah) yang wajib dihindari, dijauhi, dan ditinggalkan oleh orang-orang yang beriman.

Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (QS Al-Anfal [8]: 27).

Betapa pentingnya sifat amanah ini. Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Hibban, Rasulullah SAW menyatakan tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki sifat amanah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak pernah menepati janji.

Negara dan bangsa yang berketuakan orang amanah, akan menyebabkan negara dan bangsa itu mampu meningkatkan kesejahteraan rakyatnya. Kerana memang sifat amanah itu akan mengundang kemakmuran dan kebahagiaan, sedangkan sifat khianat akan mengundang kefakiran dan kemiskinan (HR Imam ad-Dailami).

Jika sifat amanah ini hilang dan diganti dengan sifat khianat, masyarakat dan bangsa itu beserta para pemimpinnya akan tersungkur menjadi bangsa yang munafik. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam: "Jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia ingkar, dan jika dipercaya dia berkhianat."

Dan, jika nifaq sudah bermaharajalela pada setiap level dan tingkatan masyarakat, bangsa itu akan menjadi bangsa yang mundur, hancur, tidak punya identiti, takut dalam berbuat dan bertindak yang benar, dan akan hilang pula kepercayaan dirinya (perhatikan firman Allah SWT dalam QS An-Nisa' [4]: 143).

Peringatan Alquran dan hadis tersebut harusnya menjadi perhatian kita semua, masyarakat Islam, yang ketika ini mengalami berbagai masalah yang berat dan banyak. Dan, terutama para pemimpin, ketua-ketua masyarakat, dan para penjalan hukum harus menjadikan amanah ini sebagai sifat, watak, dan perilaku yang melekat pada struktur kepribadiannya.

Sebab, hanya dengan sifat amanah inilah kita akan mampu membangun bangsa  ke depan dengan lebih baik. Sebaliknya, jika sifat khianat yang mendominasi pikiran dan perilaku kita, kehancuran dan kerosakanlah yang akan terjadi. Semoga Allah SWT memelihara dan menjaga kita semua dari perilaku khianat yang menghancurkan itu..