Sini aku nak tunjuk dan ajar sikit beberapa perkara yang selalu kebanyakan ustaz lapar tidak memberitahu kita: Hadith 1:
Rasulullah saw bersabda:Sesiapa taat kepada aku maka sesungguhnya dia taat kepada Allah. Dan sesiapa derhaka kepada aku maka sesungguhnya dia derhaka kepada Allah. Dan sesiapa taat kepada pemimpin maka sesungguhnya dia taat kepada aku. Dan sesiapa derhaka kepada pemimpin maka sesungguhnya dia derhaka kepada aku.
Hadith 2:
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Tidak ada ketaatan dalam perbuatan maksiat terhadap Allah. Sesungguhnya hanya sahaja taat adalah dalam kebaikan.
Dua hadith di atas nampaknya saling bertentangan. Hadith 1, memerintahkan ketaatan kepada pemimpin secara mutlak manakala hadith 2 memerintahkan ketaatan hanya dalam hal-hal yang merupakan kebaikan, tidak dalam hal-hal yang merupakan kemungkaran dan kemaksiatan.
Pertentangan ini dapat dihilangkan dengan mengkaji secara mendalam susunan teks antara kedua-dua hadith di atas. Hadith 1, berbicara secara terbuka tanpa adanya had, sempadan atau batasan manakala Hadith 2 berbicara secara terhad, memiliki sempadan dan batasan.
Hadith 1 dikenali sebagai hadith yang memiliki Lafaz Mutlaq, iaitu lafaz yang menunjukkan atas suatu objek yang tercakup dalam jenisnya tanpa dibatasi oleh suatu batasan dari cakupan tersebut. Hadith 2 dikenali sebagai hadith yang memiliki Lafaz Muqayyad, iaitu lafaz yang memiliki petunjuk atas sesuatu yang telah dibatasi dengan suatu batasan yang mempersempitkan cakupannya atau petunjuk lafaz tersebut telah tertentu maknanya.
Apabila bertembung antara hadith yang memiliki lafaz Mutlaq dengan hadith yang memiliki lafaz Muqayyad, maka hendaklah hadith lafaz Mutlaq tersebut difahami mengikut petunjuk yang dibawa oleh hadith yang memiliki lafaz Muqayyad. Ini adalah kerana hadith lafaz Muqayyad berperanan melengkap dan memperincikan lagi petunjuk hukum yang dibawa oleh hadith lafaz Mutlaq tersebut.
Berkata Ulama': Kami tidak mengetahui adanya perselisihan pendapat di antara para ulama’ mengenai bolehnya mengamalkan lafaz mutlaq yang difahami secara muqayyad dalam masalah ini. Memang seharusnya demikian. Mengamalkan lafaz muqayyad bererti telah mengamalkan petunjuk hukum yang terkandung dalam lafaz mutlaq, manakala mengamalkan lafaz mutlaq tidak bererti mengamalkan petunjuk hukum yang terkandung dalam lafaz muqayyad. Sehingga menjama’kan keduanya merupakan kewajipan utama yang harus dilakukan.
Kembali kepada pertentangan antara Hadith 1 dan 2 di atas, maksud sebenar antara kedua-dua hadith tersebut adalah, hendaklah taat kepada pemimpin selagi pemimpin tidak memerintahkan sesuatu yang berupa kemungkaran atau kemaksiatan. Pembatasan yang dimiliki oleh Hadith 2 melengkapkan lagi maksud yang terkandung dalam Hadith 1, sehingga menjadilah kedua-duanya muafakat antara satu sama lain.
Inilah sebenarnya maksud yang dikehendaki oleh Rasulullah sallalahu-alaihi-wasallam apabila beliau memerintahkan ketaatan kepada seseorang pemimpin, dan mengaitkan ketaatan tersebut sebagai ketaatan kepada dirinya dan kepada Allah Azza wa Jalla. Kehendak ini diperkuatkan lagi oleh baginda dengan sebuah hadith lain:
Patuh (mendengar) dan taat hanyalah benar selagi tidak diperintah dengan kemaksiatan. Jika diperintah dengan kemaksiatan maka tiada lagi kepatuhan dan ketaatan.Nanti aku sambung lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan