Ahad, 7 April 2013

Ayahanda dan Mesin Kuda

Zaman ini,dalam pekida orang paling berebut sekali nak jadi ayahanda,sebab itu lah tidak pelik jika korang lihat dalam satu daerah tu,bukan negeri tapi daerah kadang-kadang ada lebih dari sepuluh orang ayah..macam maklumat yang aku dapat,di kuala lumpur,dari chow kit sampai bulatan pahang ada kira-kira empat atau tujuh puluh orang ayah..
Ramai-ramai orang berebut nak jadi ayahanda ni semuanya bersebab,mereka beriya-iya hendak jadi ayahanda kerana mengejar duit dan pengaruh,maklumat yang aku terima juga,pernah suatu ketika,kejadian ini kalau tak silap aku berlaku dua atau tiga tahun yang lepas..dalam satu mesyuarat majlis ayahanda-ayahanda malaysia di kuala lumpur,berlaku satu pergaduhan dan perbalahan dikalangan ayahanda-ayahanda yang hadir..yang aku jijik sekali dengar ialah punca perbalahan itu kerana tempat mesin judi tidak di agihkan sama rata.ayahanda-ayahanda pasukan elit bergaduh dan berbalah kerana berebut kawasan mesin kuda?
Dan ada juga ayahanda-ayahanda yang hendak tutup kejahilan dan kebodohan mereka yang melampau dengan mengambil anak-anak di kalangan samseng jalanan yang tidak mengenal ugama kemudian mereka lah yang menjadi orang bijak ugama dengan mengajarkan perkara-perkara yang tidak pernah di ajar dan di bahaskan oleh ulama'-ulama' kita dahulu sehingga tumbuh lah para samseng jalanan ini sebagai generasi yang celik ugama ayahanda..bukan ugama asal yang bersanad dari murshid-murshid terdahulu sampai ke Nabi Muhammad saw..aku tengok dan baca sendiri beberapa buku ajaran,karangan dan tinggalan sebahagian ayahanda-ayahanda yang gian hendak mengaku diri mereka ustaz atau nak tunjuk yang mereka sangat-sangat faham ugama..apa yang aku dapati dalam buku itu adalah beberapa kalimah ajaib yang aku tidak pernah jumpa di mana-mana kitab pun dan tak pernah aku dengar mana-mana ulama' berbahas tentang kalimat dan perkara itu,dan ayah-ayah ini mendakwa mereka sedang memberi tunjuk ajar tentang perkara Tauhid dan Tasawwuf..kalimat yang mereka cipta ada bunyi-bunyi arab sedikit supaya orang-orang jahil ini akan menganggap bahawa ayah ini mempunyai ilmu yang sangat tinggi dan luar biasa,walhal mereka sedang di tipu bulat-bulat oleh ayah-ayah jahil itu sendiri..bila anak-anak ini sudah berjaya di bodohkan,mereka akan buat sesuatu sehingga anak-anak ini akan sangka yang si ayah ini tok wali,maka mereka menjadi takut dan taat sekali..apa sahaja kata-kata ayahanda mereka akan jadi turut,hatta kalau ayahanda suruh pow kedai kuda pun mereka akan lakukan asalkan mereka tahu yang si ayah ini bukan calang-calang manusia,pasti dia ada dalil dan sebab tersendiri menyuruh anak-anaknya melakukan perkara sedemikian..lebih parah lagik.ayah-ayah ni di anugerahkan mulut yang amat longkang..kenapa longkang,sebab mulut dia selalu zikir perkataan bala Allah kutuk Allah,dan zikir itu mereka ulang-ulang untuk membuat anak-anak mereka menjadi takut sehingga mereka boleh di cuci otak mereka menjadi orang bodoh yang di perbodohkan oleh si bodoh untuk meng iyakan apa sahaja tindakan dan arahan si bodoh..
Aku menunggu dan menanti bersama ramai sahabat-sahabatku dalam bahtera suci ini seorang ayah yang bersifat murabbi dan murshid..Hapuskan bodoh dan kebodohan dahulu,Pasti Allah kurniakan sang murshid membimbing kita jalan jihad sebenar..

Tiada ulasan: