Bercerita bab abang-abang dan peranan abang-abang ini,aku nak berkongsi lagi beberapa pelajaran yang aku pelajari dari beberapa abang-abang lama atau otai dalam pekida ni yang aku hormat dan aku sayang..
Abang Long adalah satu amanah yang dibebankan oleh yang di atasnya untuk bertanggungjawab ke atas semua adik-beradik yang duduk sebahtera dengannya..Abang long bukan sahaja bertanggungjawab keatas empat adik-adik dibawahnya seperti ngah,uda,chik dan usu,malah keseluruhan yang berada dibawahnya..amanah itu bukan lah seperti yang dilakukan oleh kebanyakan mereka sekarang ini,seperti mempengerusikan mesyuarat,duduk dirumah hanya mengeluarkan arahan,menjadi master mind atas segala kegiatan jenayah dan sebagainya..tetapi fungsi dan peranan abang long ini asalnya adalah memastikan dia sendiri,empat abang yang dibawahnya dan seluruh adik beradik ini tumbuh menjadi manusia yang kuat iman dan taqwanya kepada Allah swt,kuat ikatan kasihnya kepada Nabi Muhammad saw..kalau abang chik amanahnya memantau adik-adik dibawah..maka abang long lebih utama untuk memantau dan mengambil tahu hal ehwal adik-adik dibawah khususnya abang chik yang memantau itu sendiri.
Abang long bagaikan nakhoda atau ketua kapal yang tugasnya menjaga semua anak-anak kapal itu dan kapal itu sendiri daripada tenggelam dan mati lemas..abang long mestilah orang yang amat luas ilmu agamanya,amat kuat amal ibadahnya,amat kukuh hubungan pertaliannya dengan Allah,hati dan fikirannya mestilah dihala kan kepada Allah dan Rasul,keutamaan yang patut dia utamakan adalah ugama..jiwanya lembut dan prinsipnya tegas,malamnya bagaikan seorang rahib atau abid yang yang merintih sayu pipinya mesti basah dan lebam dengan airmata takut,harap,kasih dan rindu kepada Allah dan Rasul,cita-citanya pastilah mati syahid,hidupnya mestilah korban dengan merasa kesusahan,merasa kesengsaraan dan bersedia berkhidmah seperti hamba abdi untuk memastikan adik-adiknya semua berasa malu,segan dan takut mengecewakan abang long itu sendiri..siangnya mestilah umpama singa di rimba,yang akan memerah keringat segala tenaga nya..kerana abang long itu bukan sebuah jawatan untuk di sandang seperti pengerusi dalam pertubuhan,tetapi abang long itu adalah satu ungkapan kasih sayang yang di luahkan dan di panggil oleh adik-adik dek kerana terlalu hormat,bangga dan kasih kepadanya..dulu-dulu abang long di panggil dengan panggilan abang long kerana adik-adik melihat kepercayaan yang ditaruhkan dan di curahkan oleh murshid atau murabbi mereka sehingga mereka menjadi hormat,bangga dan kasih kepada abang long itu..apa sahaja kehendak,arahan dan petunjuk dari abang long,adik-adik akan bersegera menunaikannya walau dalam keadaan susah sekalipun..jiwa abang long mestilah jiwa yang terdidik dan jiwa pendidik kerana mereka lah di harap-harapkan untuk menyambung perjalanan perjuangan mulia ini dengan mendidik hati-hati dan jiwa setiap adik beradik menjadi jiwa dan hati yang kuat kasih sayangnya kepada Allah dan Nabi Muhammad,jiwa yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan agama suci ini dapat di pertahan kan dan di daulatkan di atas muka bumi ini..
Tapi hari ini,aku belum nampak lagi abang long abang long yang berjiwa seperti ini,apa yang aku nampak,abang long abang long yang ada sekarang ini ramai dikalangan yang punya nama dalam dunia gengster atau dunia hitam,dunia politik atau dunia yang merosak jiwa mukmin..orang pekida amat syok dan berebut-berebut nak jadi abang long kerana mereka melihat peluang mereka untuk terus mengukuhkan nama dan melebarkan pengaruh gengster nya supaya tauke-tauke disko,dadah,judi dan kepala-kepala kongsi cina atau india jadi takut kepada nya..bila mereka takut maka mereka akan mengeluarkan duit yang banyak supaya adik-adik di bawah jagaan abang long tidak menganggu dan merosakkan perniagaan haram mereka.
Hidup senanglah ramai abang long abang long yang ada di malaysia ini dengan harta yang syubhah dan haram..pasal itu lah kerana perut dan seluruh badan dah di penuhi dengan haram..masa dan waktu untuk menjadikan jiwa mereka itu sebagai jiwa yang mendidik dan terdidik adalah terlalu lama..dan musibah yang sedang melanda abang long abang long ini akhirnya menular ke seluruh adik beradik dalam bahtera ini,dan apa yang aku dan korang lihat segala kemungkaran dan kejahatan yang sedang mendominasi pekida hari ini adalah disebabkan dayus dan mungkarnya abang long dan abang-abang yang memimpin..dan kerana juga pekida di uji dan di beri musibah yang besar kerana pekida sedang di pimpin dan di selia oleh orang-orang yang jahat dan jauh hati mereka dengan Allah dan Nabi Muhammad saw..tepat sekali dengan apa yang pernah di beritakan dan di sabdakan oleh Nabi Muhammad saw.."Apabila sesuatu urusan itu di serahkan oleh yang bukan ahlinya,maka tunggu lah kehancuran"
nanti aku sambung lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan