Seminggu aku tak update apa-apa dalam blog ni bukan bererti aku sudah tinggalkan perjuangan suci ini..Aku agak sibuk memenuhi undangan ceramah dan juga undangan perkahwinan saudara-mara aku sehingga aku kehilangan banyak masa untuk aku kongsikan beberapa ilmu dan pelajaran yang aku dapat selama aku belayar bersama dengan beberapa saudara ku yang amat-amat aku sanjung dan aku sayang.
Seperti sebelum-sebelum ini,aku dilihat seolah-olah mengkritik dan ada juga orang-orang fanatik buta lagi jahil menganggap aku sebagai pengkhianat kerana bagi mereka aku telah membuka dan menceritakan perkara-perkara yang sepatutnya menjadi rahsia bagi penganut-penganut ajaran ayahanda-ayahanda mesin kuda didalam pertubuhan dan perjuangan pekida.
Dan Alhamdulillah,ada juga dikalangan saudara-saudara aku yang sebahtera dengan aku dalam pelayaran perjuangan ini memberi sokongan moral dan mental untuk aku membantu mereka sama-sama mencari mana-mana ruang yang bocor dalam bahtera ini untuk sama-sama kami menampalnya kembali supaya anak-anak kapal yang belayar di dalamnya tidak tenggelam dan mati lemas.
Apa pun aku dan beberapa saudara ku yang amat kasihkan bahtera ini dan amat dahagakan sebuah perjuangan suci dan murni yaitu perjuangan silam yang pernah dirintis oleh orang-orang tua terdahulu hasil pengorbanan kekasih Allah Nabi Muhammad saw,Keluarga Baginda dan Sahabat-Sahabat Baginda untuk mencari keredhaan Allah dan kekasihNYA saw..dan kami masih lagi menunggu seorang Ayahanda atau Amir atau Pemimpin atau Khalifah yang berciri Murabbi dan Murshid seperti yang sudah aku terangkan dalam post-post sebelum ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan