Abang
Ngah pula mengikut pelajaran yang diterangkan kepada aku fungsi dan
tugas sebenar dia adalah menemani abang long dimana sahaja abang long
berada.dia juga berfungsi menjadi wakil kepada abang long jika abang
long tiada dalam kawasan,bermusafir atau sebagainya.kalau dulu-dulu,
abang ngah akan di amanahkan kepada adik-beradik yang berperwatakan
wara',lembut,sederhana dan tidak banyak berbicara.bicara abang ngah
adalah nasihat,zikir dan ilmu,diam abang ngah adalah fikir dan
dikir.abang ngah juga guru kepada adik-adik mewakili abang long dan
murabbi mereka..abang ngah mesti rapat dan kerap bersama adik-adik
kerana tanggungjawab mengajar dan mentarbiyah biasanya di pikul oleh
abang ngah..jika berlaku pertengkaran,perbalahan atau pergaduhan
ataupun sebarang kekusutan di dikalangan adik beradik,abang ngah lah
yang akan jadi orang tengah meleraikan kekusutan yang berlaku di
kalangan adik beradik..
Abang ngah
adalah abang yang sentiasa dan bersedia untuk utamakan abang-abang
dan adik beradik dalam serbi serbi,seperti majlis kenduri
kahwin,kematian dan apa sahaja kegiatan yang melibatkan adik
beradik..jiwa dan raga hendaklah di serahkan sepenuhnya untuk adik
beradik.
Setakat ini saja
lah yang aku dapat kongsikan tentang pengetahuan aku mengenai fungsi
abang ngah yang sebenar.kalau ada silap dalam perkongsian aku
ini,boleh lah tolong tegur,kalau ada kurang boleh lah korang
tambahkan ea..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan