Jumaat, 19 April 2013

Murshid

Untuk post kali ini pula,aku hendak berkongsi dengan korang maksud murshid..sebelum ini aku dah cerita,terangkan dan beri contoh tentang murabbi..Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.Seorang Guru yang mampu mendidik dan mengolah hati-hati anak muridnya agar sentiasa kekal dengan Allah..Menjadikan segala gerak geri mereka semuanya sentiasa di awasi Allah swt..memastikan lidah anak-anak muridnya sentiasa basah dengan zikrullah..memantau perkembangan rohaniah yaitu hubungan anak-anak didik atau muridnya dengan Allah swt..tempat untuk anak-anak didiknya mencari kebenaran tentang Pencipta,tempat untuk anak-anak didiknya mengadu bagaimana cara untuk meletakkan diri mereka sentiasa berhati-hati dari melakukan perkara yang akan mendatangkan kebencian dan kemurkaan Allah swt..

Tiada ulasan: