Ahad, 7 April 2013

Ayahanda

Selesai proses suluh,kandang dan tarbiyah,maka mana-mana adik-adik yang di kira layak dari segi rohani dan jasmani nya untuk bersama-sama duduk dalam satu pasukan,yaitu  "pasukan elit ketenteraan islam",caranya abang-abang yang sudah aku perkenalkan tadi akan membawa adik-adik ini mengadap atau bertemu Khalifah,Murabbi atau Murshid mereka untuk di bai'ah menjadi ahli jihad fi sabilillah.
Aku suka menggunakan tiga nama atau tiga perkataan di atas kerana hanya khalifah,atau murabbi atau murshid sahaja lah yang sesuai dan layak untuk menyambung tali perjalanan rasulullah saw,sahabat-sahabat baginda,tabi'in dan para solehin,alim ulama' untuk mengangkat dan menerima bai'ah muslimin menjadi ahli jihad fi sabilillah.untuk menjadi ahli jihad sabilillah memerlukan proses tarbiyah yang sangat-sangat teliti dan mendalam,kerana itu lah pemimpin yang amat-amat layak untuk memimpin para pemimpin pasukan jihad ini harus lah di kalangan manusia yang layak di gelar murabbi dan murshid,pendapat aku,mungkin juga asal usul terjadinya pekida ini adalah disebabkan jasa-jasa tokoh ulama' kita dahulu yang mana dikalangan mereka itu semuanya murabbi dan murshid-murshid belaka..
Hari ini pekida sudah kehilangan dan di hilangkan para murabbi dan murshid nya..yang tinggal dan sedang mengemudi atau memimpin adalah ramai di kalangan murSHIT belaka..para murabbi ini dulu-dulu sangat-sangat di sayangi,di hormati,di segani,di kasihi dan sebagainya..Kekuatan kasih sayang anak-anak murid yang sedang di pimpin menjadikan mereka yaitu anak-anak murid mengikat pertalian kekeluargaan yang luar biasa sehingga mereka menjadikan murabbi tersebut seolah-olah bapa kandung dengan memanggil dan menggelar sang murabbi dengan gelaran dan panggilan ayahanda.
Ayahanda ini sebenarnya bukan jawatan yang boleh di minta-minta atau di jadikan pertandingan,ayahanda bukan juga gelaran yang boleh di sandang oleh siapa-siapa sahaja yang mau menyandangnya,ayahanda bukan boleh main kutip-kutip ikut suka macam terjumpa duit di jalanan..
Ayahanda adalah panggilan manja,panggilan kasih sayang  di luahkan oleh anak-anak murid yang duduk dalam pasukan jihad sebagai tanda untuk mengerat dan mengakrabkan pertalian mereka sesama sendiri..anak-anak akan bertambah kasih dan sayang kepada ayahanda bila ayahanda juga bertambah-tambah kasih sayangnya kepada Allah,Rasulullah dan anak-anak yang di pimpinnya..ayahanda bukan untuk di takuti tetapi ayahanda umpama ayah kandung dirumah tempat anak-anak menumpang teduh,kasih sayang dan segala-galanya..
Ikuti penulisan aku seterusnya untuk aku terus menerangkan dan membahaskan tentang murabbi,murshid,bai'ah dan hakikat juga rukun dan syarat jihad dan mujahid..tungguuuu..

Tiada ulasan: