Firman Allah SWT (maksudnya):-
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. [An-Nisaa': 58]
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur'an) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [An-Nisaa': 59]
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Qur'an yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. [An-Nisaa': 60]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Qur'an yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu." [An-Nisaa': 61]
Ayat 58 adalah perintah dari Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya supaya memilih dan menyerahkan amanah sebagai pemimpin kepada orang yang betul-betul layak dan pemimpin tersebut wajib menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh sifat keadilan kepada semua manusia yang di bawah kepimpinannya.
Ayat 59 pula adalah perintah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman supaya mentaati-Nya, mentaati Rasul-Nya dan taat kepada pemimpin yang telah dipilih. Walaubagaimanapun, Allah SWT memerintahkan agar semua pihak agar kembali merujuk kepada perintah Allah SWT sebagaimana yang terkandung dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sekiranya terdapat sebarang pertikaian dan perbalahan sesama sendiri.
Ayat 60 pula adalah penjelasan dari Allah SWT bahawa orang-orang termasuk dari kalangan pemimpin yang dilantik, yang mengaku beriman kepada Al-Qur'an tetapi tidak mahu menjalankan amanah dan hukum (undang-undang) dengan merujuk kepada Al-Qur'an tetapi sebaliknya lebih gemar menggunakan hukum (undang-undang) taghut adalah tergolong dalam golongan orang-orang munafik dan mereka akan semakin jauh disesatkan oleh Syaitan laknatullah
Ayat 61 pula adalah penjelasan Allah SWT, bahawa golongan munafik ini apabila diseru dan dan di minta supaya berhakim dengan hukum (undang-undang) Allah SWT dan Sunnah Rasulullah s.a.w., mereka ini bukan sahaja enggan dan menolak bahkan sebaliknya berusaha pula dengan bersungguh-sungguh supaya orang lain ikut menentang perlaksanaan hukum Allah SWT serta Sunnah Rasulullah s.a.w.
Fikir dan renungkanlah, apakah apa yang diperkatakan Allah SWT ini sedang berlaku di kalangan masyarakat kita sekarang ini? Jika ianya telah dan sedang berlaku, apakah kita masih sanggup mendiamkan diri kita dengan terus membiarkan dan terus memilih pemimpin-pemimpin munafik ini?
Selamat befikir!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan