Isnin, 8 April 2013

Ciri Seorang Ayahanda


Aku nak kongsi beberapa petunjuk dan garis panduan untuk menjadi seorang Amir,Khalifah atau Ayahanda yang baik dan sebenar..ciri pertama yang perlu ada pada seorang ayahanda adalah ciri seorang murabbi. 

Ayahanda/amir' adalah merupakan tenaga penggerak yang amat penting dalam gerak kerja jihad dan dakwah Islam. Oleh kerana itu, maka sesebuah gerakan jihad dan dakwah Islam tidak akan memiliki kekuatan sekiranya berlaku kepincangan dalam institusi ayahanda'. Persoalan-persoalan seperti; 

'Bagaimana sesebuah gerakan jihad dan dakwah Islam itu mampu memimpin ahlinya dalam gerak kerja?'
'Bagaimanakah ahli gerakan jihad dan dakwah Islam itu dapat ditarbiyah rohani, jasmani serta saqafahnya?'
'Bagaimana ahli-ahli maupun anakanda-anakanda ini bersedia menghadapi kesukaran-kesukaran, mehnah dan tribulasi ketika mana mereka melaksanakan dan menyusuri liku-liku jalan dakwah ini?'

semuanya berbalik sejauh mana barisan tenaga ayahanda itu bersedia dan mempunyai kelayakan yang cukup untuk menjadi seorang amir/ketua kepada barisan ahli-ahli jihadnya.


"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit."
(Surah Ibrahim: 24)

Sebagaimana firman Allah SWT, di dalam gerakan jihad dan dakwah Islam, ayah diumpamakan seperti sepohon pokok yang baik lagi berguna kepada manusia dan alam. Ini dapat difahami bahawa institusi ayah' itu sendiri dianalogikan seperti pokok-pokok yang menghiasi taman-taman sesebuah gerakan jihad dan dakwah Islam itu sendiri. Untuk menghasilkan kekuatan gerakan jihad dan dakwah Islam itu, maka setiap pokok itu hendaklah dirangkaikan (diikat) dengan pokok-pokok yang lain seperti;
  • ikatan iman dan amal,
  • ikatan ukhwah dan mahabbah,
  • ikatan saling hormat menghormati,
  • ikatan kerjasama dan jihad,
  • ikatan syura.
  • ikatan taaruf. tafahum dan takaful, dan
  • ikatan perasaan.
Maka, setelah itu, institusi ayahanda' ini pula bertanggungjawab sebagai;
  • 'madrasah kecil' bagi menyalurkan ilmu dan tarbiah kepada anakanda-anakandanya
  • 'mursyid', tempat rujukan dan bernaung anak-anaknya dalam melicinkan perjalanan hidup mereka
  • 'cermin', untuk mengukur kekuatan dan kemantapan para anakandanya.
  • 'benteng pertama' dalam mempertahankan kekuatan ahli jihad dari serangan dan tekanan musuh luar
  • 'jundullah', yang bertanggungjawab mengawal, mempertahankan aqidah dan tuntutan syahadah ketika menghadapi musuh aqidah itu
  • 'pengawal', yang bekerja mengawal keselamatan ahlinya dan anak-anaknya daripada sebarang anasir yang boleh menghuru-harakan kestabilan ahli dan anak-anakandanya dalam gerak kerja jihad dan dakwah  Islam
Atas dasar inilah, para ayahanda' mestilah memiliki ciri-ciri asas ayahanda' bagi menjamin pengendalian tarbiyah yang sempurna dan berkesan. Ciri-cirinya adalah:
  1. Memiliki ciri-ciri seorang murabbi
  2. Memiliki ciri-ciri seorang guru atau mu'allim
  3. Memiliki ciri-ciri seorang bapa atau ibu (Al Ab wa Al Umm)
  4. Memiliki ciri-ciri al-akh al-Muslim/al-ukht ul-Muslimah
    fikir-fikir dan renung-renungkan lahh..

Tiada ulasan: