Pemikiran anak-anak melayu di malaysia ini sudah di doktrin dan di kotor kan dengan semangat melayu yang entah kemana..sepanjang aku belajar dan mendampingi ulama'-ulama',tak pernah lagi aku jumpa mana-mana kitab atau mana-mana ulama' menasihatkan jaga bangsa atau dijadikan keutamaan ..kerana matlamat utama untuk menyatukan hati anak-anak,adik-beradik,rakan-rakan dan seluruh manusia adalah alqur'an melalui ugama islam ugama yang di ikat oleh Allah melalui kekasihnya Muhammad..dan ugama inilah yang akan menyambung kan pertalian atau hubungan manusia dengan Allah melalui alqur'an,kemudian dari alqur'an kita akan kenal keseluruhan sayyidina Muhammad saw..
Tapi masalah besar yang sedang melanda pekida ataupun pasukan elit ini adalah apabila mereka dibongokkan oleh beberapa kerat gengster yang amat berpengaruh di dalamnya dan ahli-ahli politik yang bodoh dan meletakkan hawa nafsu mereka melebihi alqur'an untuk memilih pemimpin dikalangan manusia dungu yang meletakkan keutamaan bangsa melebihi ugama..bila bangsa melebihi ugama,dimana alqur'an di letakkan?
Adakah alqur'an ini diturunkan oleh Allah kepada manusia untuk di junjung,kemudian disimpan dalam rak untuk memberitahu satu dunia kita ini islam?adakah alqur'an itu diturunkan supaya manusia boleh mnengangkat sumpah melaluinya walaupun tidak pernah tahu dan hayati kandungannya?
Itulah kebenaran atau realiti yang sedang melanda umat melayu di negara aku hari ini..
1)orang-orang melayu islam di bohong puluhan tahun dengan doktrin sekular,meletakkan alqur'an hanya sebagai hiasan atau tanda seseorang itu masih islam..
2)menjadikan siapa-siapa sahaja yang berbicara tentang ugama ini orang-orang kolot,bahkan kadang-kadang di labelkan sesat..
3)kanak-kanak dan sekolah-sekolah terlalu didedahkan dengan hiburan-hiburan berupa nyanyian,sejarah tokoh-tokoh barat,tokoh sekular dan tidak pernah mereka memperoleh pendidikan awal tentang rasul mereka..
4)takut dan tidak yaqin dengan orang-orang ugama..kepimpinan dijadikan contoh dari pakaian dan pertuturan..di negara aku orang akan menilai,melayu yang layak memimpin adalah melayu yang pakai kot dan ikat tie kemudian bahasa inggeris mereka bagus..yang berkain pelikat,berjubah dan berserban di anggap orang-orang mundur dan orang-orang yang tidak layak dan mampu untuk menjadi pemimpin...
Akhirnya segala-galanya tergadai,paling aku sedih bila aku melihat ugamawan atau ustaz-ustaz sendiri terpaksa gadaikan prinsip, ilmu dan tujuan mereka yang asal semata-mata hendak meletakkan diri mereka di tengah-tengah orang durjana..di televisyen ustaz-ustaz yang popular dah tak pakai kopiah lagi,dah tak sebar syi'ar Muhammad saw lagi..kalau mula-mula masuk tv pakai nama pendakwah bebas,tapi kebanyakan mereka sekarang dah bertukar profesyen menjadi pakar motivasi,sebab kalau pakai nama ustaz atau pendakwah bebas,nanti orang tak bagi envelope tebal..
Macamana ustaz-ustaz nak cerita kat orang ramai tentang Nabi Muhammad sedangkan ketika mereka nak bercerita,pakaian dan cara mereka itu sendiri tidak melambangkan Nabi Muhammad saw,kalau dia kenal Muhammad sudah pastilah keseluruhannya yaitu serba serbinya adalah Muhammad saw..
Bila dah jadi begini,maka lahir lah ugamawan-ugamawan palsu dan songsang,siapa mereka itu,,mereka itu adalah ustaz-ustaz yang hanya memegang ijazah syari'ah atau apa sahaja berkaitan ugama tetapi ijazah itu tidak dapat menghidupkan hati-hati dan ruh mereka sendiri terhadap ugama ini,pembawa risalahnya dan pemiliknya..belajar ugama hanya empat,lima atau setahun dua sahaja hanya sekadar untuk menggulung segenggam ijazah supaya balik boleh mendapat pekerjaan baik di pejabat-pejabat ugama kemudian berusaha sedaya upaya untuk melindungi perbuatan jahat pemimpin atau orang-orang yang berkuasa diatasnya supaya dia mendapat kenaikkan pangkat dan di hormati..
Ugamawan-ugamawan yang macam ini lah yang banyak membantu perosak-perosak yang merosakkan lagi masyarakat yang sedia ada..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan