Jumaat, 5 April 2013

Abang Uda


Pelajaran yang aku dapat mengenai fungsi abang uda pula adalah merupakan seorang abang yang di amanahkan untuk membantu dan mengiringi abang ngah di setiap waktu dan keadaan..oleh kerana abang uda adalah abang yang ketiga,maka orang nombor tiga ini lah seharusnya di amanah kan kepada adik beradik yang benar-benar memegang serba-serbi yang wujud dalam pekida,bukan setakat pelajaran Ugama,peradaban yang ada dalam jalan pekida,malah apa-apa rahsia yang terkandung dan apa-apa strategi yang di susun oleh murshid,oleh abang long dan abang ngah,untuk memastikan kekuatan,kekukuhan dan keampuhan semangat,rohani dan jasmani para pejuang dalam pekida tidak di goncangkan dengan anasir-anasir jahanam berupa harta benda dan nikmat kesenangan yang boleh membuatkan para pejuang lena dan leka untuk mencapai matlamat mereka berjuang dalam pasukan elit ini..
Walhasel,abang uda bukan berfungsi dan berperanan untuk meyebar luaskan pengaruh dan nama pekida,abang uda bukan di amanahkan untuk duduk di pintu-pintu tokong memperkenalkan diri untuk mencari pengaruh dan duit dari tauke-tauke dan kongsi gelap kongsi gelap cina dan india..abang uda bukan abang yang di amanah untuk menjaga kedai-kedai kuda,abang uda juga bukan berfungsi untuk hadir dalam mana-mana table talk, hadir dalam acara-acara kongsi cina dan india dan tempat-tempat maksiat yang lainnya..
Fikir-fikir kan lah...

Tiada ulasan: