Aku sambung balik bab pekida ni..selesai proses tarbiyah,dan biasanya proses ini tidak tertakluk pada waktu,akan tetapi kebanyakan kawasan telah buat ketetapan masa antara tarbiyah dan masa untuk di naikkan bersama diatas bahtera adalah dua minggu..
Dan sebelum di naikkan di atas bahtera,mereka akan jadikan adik-adik yang ditarbiyah ini adik suluh atau kebanyakan tempat menyebut adik kandang dan mereka juga di sebut sebagai adik-adik 29..masing-masing di antara mereka akan di kandang atau duduk di bawah kuasa abang-abang yang mengandang ataupun menyuluh..
Kalau adik-adik ini mendapat abang yang mengandang mereka itu seperti binatang,mereka juga akan menjadi seperti binatang,kadang-kadang lebih teruk dari binatang,begitu juga dengan abang-abang yang menyuluh,jika abang menyuluh dengan menggunakan suluh yang lemah bateri nya,maka adik-adik juga akan tumbuh seperti benda yang kurang bateri..
Masa suluh itu lah masa yang sesuai untuk orang ramai melihat dimana wibawa,kehebatan,ilmu dan didikan yang ada dalam pekida..
Suluh di wujudkan untuk mengenalkan adik-adik erti perjuangan,mengajar dan mendidik adik-adik untuk menjadi mujahid pilihan Allah,ajar dan didik adik-adik bagaimana mentauhidkan dan membesarkan Allah,ajar dan didik adik-adik bagaimana memuliakan dan mengutamakan kekasih Allah dalam setiap perkara,pastikan mereka sayang dan rindu dengan Allah dan Rasul begitu juga jadikan alqur'an teman karib mereka..
Sayang pekida hari ini sudah tergelincir amat-amat jauh..bahkan boleh kita sebut amat kasihan sekali kerana pertubuhan dan perjuangan suci yang dirintis oleh orang-orangtua kita terdahulu sudah di cemari oleh tangan-tangan syaitan,orang-orang buta ugama,buta hati dan perasaan dan orang-orang tamak mengejar habuan dunia dengan mencari populariti dan mengambil kesempatan dengan adik-beradik yang ramai untuk memudahkan mereka membuat dan mengumpul harta benda,akhirnya pertubuhan ini menjadi sebuah pertubuhan yang hilang taring dan wibawanya menyebabkan ramai adik-adik yang hendak bersama pekida tetapi ramai adik-adik ini juga tidak pernah faham dan tahu sebab apa mereka bersama pekida..
Dan ada juga adik-adik yang memang tidak pernah tahu apa-apapun tentang pekida,mereka mahu bersama kerana kagum dengan beberapa abang yang ada di dalamnya terkenal dengan gengster,boleh jadi payung mereka jika mereka kesusahan,tak kira lah apa jua kesusahan,malah lebih parah lagi,hari ini pekida dilihat satu ruang untuk mereka bina empayar biar mereka mati dikenali sebagai gengster besar dan dilihat juga sebagai ruang besar dan luas untuk menjadi ahli nombor wahid dalam tempat-tempat maksiat seperti karaoke,disko dan lain-lain tempat atau laluan untuk menjadi ahli maksiat..Naudzubillahi min dzalik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan