Isnin, 8 April 2013

Murabbi


"Murabbi dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap muallim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbi berlegar di “hati”."
Dia berbeza dengan Muallim,mu’allim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu’allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu’allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.


Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu’allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui amalan.


Muddaris pula adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.


 Manakala Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk syakhsiah. Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu’addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pekida itu sendiri.
"Murabbi merupakan istilah yang digunakan dalam Islam yang memberi konotasi dan pengertian luas terhadap fungsi dan peranan mendidik yang harus disemai di dalam diri manusia. Maksud mendidik bukan sekadar mengajarkan ilmu secara konvensional tetapi lebih penting menjelmakan watak murabbi yang mampu menyemai nilai adab (ta'dib) dan menjelmakan akhlak mulia untuk diteladani.
Pandangan ini diasaskan kepada hadis Nabi Muhammad yang bermaksud, Tuhanku telah mendidik (ta'dib) aku dengan sebaik-baik pendidikan. Dengan memahami konsep inilah, seorang murabbi atau pendidik tidak hanya terbatas di kalangan mereka yang bergelar guru atau pensyarah yang selama ini pun telah banyak menyumbang dan harus kekal berperanan membangunkan generasi jihad dan pendakwah yang terdidik dan terpelajar."
Kesimpulannya,
Murabbi itu merupakan seorang yang mempunyai syakhsiah yang unggul, sentiasa bersemangat dan memberi semangat, mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiyah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup mereka yang dipimpin olehnya. Proses itu sehinggakan mereka mampu memikul amanah (membenarkan aqidah dan syahadah) pada semua peringkat. Murabbi ini orang-orang yang tidak kenal putus asa dan bertanggungjawab dalam menghadapi tugas-tugas pentarbiyahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Allah SWT.

Tiada ulasan: