Aku sambung cerita aku,balik dari Yaman aku berkhidmat di sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah ibukota..kemudian aku juga pernah berkhidmat disebuah pondok waqaf anak cucu Nabi Muhammad saw di Negeri Pahang,aku juga pernah berkhidmat di sebuah sekolah tahfidz di Kedah...
Sekarang aku tidak mempunyai pekerjaan tetap,kerja aku hanyalah menunggu jemputan dari siapa-siapa yang sudi berkongsi ilmu dengan aku..sepanjang aku berkhidmat dengan harapan menjadi manusia kebanggaan Nabi Muhammad saw..macam-macam jenis orang aku temui dan macam-macam pengalaman aku lalui..tapi pengalaman yang paling menggelikan hati aku dan membuat aku tak henti-henti berfikir ialah apabila aku berkenalan sekumpulan umat Nabi Muhammad saw yang mempunyai semangat perjuangan yang luar biasa..
Mereka sebuah kumpulan yang terkenal di negara aku ini..terkenal dengan macam-macam aktiviti dan sifat ahli-ahlinya yang aneh..kumpulan ini dijadikan dan didaftarkan sebagai sebuah Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang negara aku..kumpulan ini diberi nama' PEKIDA' dengan nama panjangnya Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiyah Malaysia..
Apa yang aneh dan ajaibnya kumpulan ini?yang sangat aneh dan ajaib bagi aku ialah ramai ahli-ahli yang menyertai pertubuhan ini tidak melambangkan nama dan matlamat pertubuhan..
Aku rasa semua orang tahu apa yang berlaku dan ada dalam Pekida ini..mereka sendiri tubuhkan sebuah pertubuhan yang kononnya nak buat kebajikan,tetapi apa yang kita lihat,kebajikan pun mereka tak tahu menatang apa,sebab kerja mereka hari-hari buat kejahatan..
Dakwah Islamiyah apa yang mereka faham pun aku jadi tak faham..dakwah islamiyah yang mereka faham adalah memastikan orang-orang kafir dikeliling mereka menjadi semakin takut bahkan menjauhkan diri dari Islam..dimana dakwahnya pun aku tak tahu..
Pertubuhan ini tidak ada bezanya dengan pertubuhan-pertubuhan yang menakutkan kita semua,pekida kalau kita kaji dan teliti betul-betul tiada bezanya dengan pertubuhan yang di asaskan oleh golongan zionist...zionist adalah sebuah pertubuhan yang dikenali tapi penuh dan sarat dengan rahsia dan perkara tersirat atau agenda tersirat didalamnya..secara luaran hari ini,mereka dilihat seolah-olah sengaja membongkarkan nama pertubuhan mereka sendiri..seperti yang sedang tersebar di alam maya,aku rasa ramai yang dah baca bahkan amat-amat tahu dengan illuminati atau freemason..macam-macam rahsia kononnya sudah dibongkar,tetapi adakah korang yaqin seratus peratus bahawa illuminati ini sudah tidak ada rahsia lagi?illuminati/freemason adalah sebuah pertubuhan yang dikawal selia oleh iblis musuh Allah dengan meletakkan dajjal sebagai pengarah belakang tabirnya dan menjadikan bangsa yang dimurkai Allah sebagai proksinya..permainan yang diatur iblis ini adalah permainan yang paling licik sekali,selagi manusia tidak diizinkan Allah untuk melihat rupa bentuk iblis yang nyata,selagi itulah manusia tidak akan tahu permainan halus iblis untuk menyesatkan semua anak-anak adam..
Iblis boleh buat apa sahaja asalkan anak-anak adam ikut kemahuan dan tunjuk ajarnya..bahkan dalam rupa bentuk ibadah pun iblis akan sesatkan manusia sehingga manusia tidak perasan rupa-rupanya ibadah yang mereka lakukan itu adalah ibadah yang berdosa dan tertolak..sebagai contoh,.jom kita imbas kembali sejarah yang pernah berlaku terhadap seorang mujtahid ummah,pengasas mazhab Hambali,murid kepada Al Imam Syafi'i yaitu Al Imam Ahmad b Hanbal ra.
Imam Ahmad ketika sakit sakaratul maut,pengikut dan anak-anak murid beliau pun pakat-pakat hadir disisi beliau dan masing-masing berusaha sedaya upaya mengajarkan Imam Ahmad ra kalimah syahadah..dalam keadaan mabuk sakarat,Imam Ahmad menolak ajaran mereka bahkan menyuruh anak-anak murid yang ada di keliling beliau diam..hal ini menyebabkan anak-anak murid beliau terkejut dan sedih sekali,apabila dimarahi maka mereka pun diam..waktu itulah mereka menyangka Imam Ahmad sudah wafat..tiba-tiba Imam Ahmad tersedar kembali kemudian beliau bertanya kepada anak-anak murid beliau: tadi aku melihat kalian semua terkumat kamit seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu kepadaku?anak-anak muridnya pun menjawab..iya Tuan Guru,kami sedang mengajarkan kalimah syahadah..tetapi kamu menyuruh kami diam..atas sebab apa kamu menyuruh kami diam wahai Imam?Imam Ahmad senyum lalu memberitahu anak-anak murid beliau..aku bukan menyuruh kalian diam..akan tetapi,ketika aku menghadapi sakit sakarat..dan ketika aku melihat kalian sedang mengajarkan ku sesuatu,tahu lah aku yang kalian sedang membantu aku untuk mengucap kalimah syahadah,ketika itu jugalah datang musuh Allah iblis dan mengajarkanku kalimah syahadah juga..aku pun marah dan menjerit kepadanya diam kerana aku tahu iblis tidak akan redha seorang pun dari anak adam meninggal dunia dalam keredhaan Allah,maka dia pun datang mengajar supaya aku ikut ajarannya..bila aku mengucap ikut ajaran iblis,maka akan mati lah aku dalam ajaran iblis laknatullah..
Korang tengok cerita ni,hebat dan licikkan permainan iblis?hatta ucap syahadah pun ada agenda tersirat yang aku dan korang tak akan faham melainkan jika Allah berkehendak untuk memberi kefahaman dalam hal-hal sebegini...macammana kita nak letakkan diri kita dalam golongan yang diberi kefahaman oleh Allah seperti Imam Ahmad sedangkan tiap-tiap hari yang kita tempuh dan lalui kat dunia ini kita tidak sedar yang kita sudah banyak terikut-ikut dengan agenda,cara dan ajaran iblis?
Nanti aku sambung lagi cerita aku tentang pertubuhan yang aku sebutkan ni,sebab aku dah tak sanggup lagi nak menanggung beban yang tiap-tiap hari membuat hati dan kepala aku jadi semak..semak bukan sebab aku nakkan sesuatu dalam pertubuhan ini,tapi aku semak sebab aku sayang ramai orang yang duduk dalam pertubuhan ini,tapi ramai tak perasan yang kemungkinan mereka sedang terjebak dan terperangkap dalam permainan kotor iblis..
Ini baru aku kongsikan apa yang zahir atau tersurat tentang pekida..kalau korang boleh bersabar,nanti satu-persatu aku akan cuba kongsikan segala yang tersurat dan tersirat dalam pertubuhan yang kadang-kadang membuat aku sedih,kadang-kadang sayang,kadang-kadang gelihati dan kadang-kadang menjadikan aku semak memikirkan tiap-tiap hari bagaimana aku nak selamatkan diri aku dan sedara-sedara aku dalam pertubuhan ini..insyaAllah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan