Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana..dari kecil Ayah dan Ibuku sangat menitik beratkan Al Qur'an dan Ugama..Alhamdulillah aku sudah boleh menguasai bacaan Al Qur'an dari umur aku 8 tahun,begitu juga adik beradikku yang lain..Kami dididik langsung oleh Ibu dan Ayah kami..Aku menempuh remaja dalam suasana ibukota yang dikuasai kejahatan,kegelapan dan jauh dari Ruh Ugama..Aku berkawan dengan ramai manusia seusia dengan aku yang lebih suka melakukan kegiatan-kegiatan yang tidak mendatangkan sebarang hasil dan faedah..Akhirnya,Arwah Ayah aku membuka kepada aku sebuah lorong dan jalan untuk aku tinggalkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah dengan menghantar Aku mengaji di sebuah Pondok yang jauh dari mereka(di Negara Jiran,Indonesia)..
Tiga tahun aku di Pesantren..dan berguru dengan Ulama'-Ulama' yang hebat..di sana aku di kenalkan dengan Ahlul Bait yaitu Kaum Kerabat/keluarga Nabi Muhammad saw,Ajaran-Ajaran mereka dan segala Perjalanan dan cara Da'wah mereka...Aku di ajar cinta dan ikut jalan mereka dan Alhamdulillah selama aku di didik disana...Aku dapat merasakan kelainan dan ketenangan yang luar biasa kerana selama aku belajar Ugama di Negara ku ini,tiada seorang Ustaz pun yang mengajar dan mengenalkan aku tentang mereka yaitu Kaum Keluarga Nabi Muhammad saw..
Tiga Tahun aku di Indonesia,Aku terpaksa pulang kerana krisis ekonomi yang maha dahsyat sedang melanda dunia ketika itu sehingga Pondok tempat aku Belajar dan mendapat Pendidikan Pertama disana tidak mampu lagi untuk menampung kehadiran kami dari Malaysia yang kira-kira berjumlah 80 orang..Ketika itu,aku dan sahabat-sahabat yang lain sangat-sangat sedih dan kecewa sekali..
Setelah enam Bulan aku di tanahair,Allah swt telah menganugerahkan aku dan beberapa sahabat aku dengan anugerah yang tidak ternilai,yaitu aku dan sahabat-sahabat di undang untuk menyambung pelajaran di tempat yang kami idam-idamkan dan cita-cita kan..
Aku dan sahabat-sahabat aku pun tidak tunggu lama-lama lagi untuk berangkat segera ke Hadramaut sebuah Negeri terletak di Selatan Negara Yaman untuk mengambil Ilmu tepat dari sumbernya..Disanalah berkumpul ramai Anak cucu Nabi Muhammad saw dan pencinta-pencinta mereka..Ketika itu,kami berasa amat-amat bertuah dan berbangga sekali kerana Allah swt awal-awal lagi sudah mengabulkan Doa kami untuk belajar dan dididik langsung oleh Anak Cucu Nabi Muhammad saw dan Anak cucu Sahabat-Sahabat Baginda di sana...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan