Isnin, 25 Mac 2013

Jom Buat Bumi Bangga!!

Aku seperti korang jugak,hamba Allah yang lemah,miskin,jahil dan tak berdaya,tetapi diberi oleh Allah swt sedikit semangat untuk melihat Dunia dan Negara ku ini sebagai Negara yang diberkati Allah,Negara yang diberkati Allah adalah Negara yang dikurniakan Allah swt Pentadbirnya/Pemimpin yang Adil,Baik dan di sukai oleh semua rakyatnya..Tapi sayang dah dekat 40 tahun Aku menetap disini,selama umurku ini aku belum nampak yang Negara tempat tumpah darahku ini akan menjadi sebuah Negara yang di berkati Allah swt...Sebab Negaraku ini di anugerahkan Allah para Pentadbirnya majoriti Islam..dan rakyatnya juga majoriti Islam,tetapi ramai-ramai pentadbir dan rakyat yang Islam ini,tidak ramai pula yang faham,kenal bahkan mengutamakan Islam itu sendiri..Orang yang belajar Ugama seperti Ustaz-Ustaz dan Tuan Haji-Tuan Haji ramai,tetapi ramai dikalangan mereka yang tiada bezanya dengan orang yang berpendidikan sekular..Cara pakaian dan pertuturan mereka kita sudah jadi bingung dan keliru,benarkah mereka ini yang diberi Amanah untuk menyambung perjalanan orang-orang dahulu/salafussoleh untuk memastikan bumi ini sentiasa dilimpahi rahmat dan berkat oleh Allah swt..
Walhasel bumi ini sudah tidak mampu dan  tidak berdaya lagi nak menampung tapak-tapak kaki manusia yang memijak di atasnya..Dahulu Bumi amat berbangga dengan manusia-manusia yang memijak diatasnya..Dahulu manusia yang memijak Bumi ini adalah manusia yang dikasihi dan mengasihi Allah dan Muhammad saw...Sekarang tidak lagi...
Mulai hari ini,Jom kita Megah kan Allah dan Megah kan Kekasih Allah Nabi Muhammad saw dengan menyambung kerja Baginda,Sahabat dan Para Salafussoleh supaya Bumi ini tak bersedih lagi malah berbangga dan akan menjadi saksi bila sampai masa kita mengadap Sang Pemiliknya nanti di sebuah Mahkamah yang Maha Adil..

Tiada ulasan: