Selasa, 26 Mac 2013

Pejuang Allah

Ini adalah gambar Al Allamah Alhabib Ahmad Masyhur b Toha Alhaddad,beliau antara anak cucu Nabi Muhammad saw yang Alim,Wara' lagi Soleh..
Awal 1350-an Hijriah, beliau menetap di Mombasa, Kenya. Selain perniagaannya di sana, beliau mengadakan halaqah ilmu di Masjid dan rumahnya. Dengan rahmat Allah beliau menjadi pemimpin, dan seorang tokoh yang disegani di sana. Masyarakat mula berduyun-duyun mendatangi beliau dan mendengar semua pengajiannya. Beliau juga menjadi rujukan utama dalam urusan agama dan Syariah, dan berjaya menentang bid'ah dan mengajak manusia kembali kepada Sunnah.

Beliau juga mengadakan ekspedisi dakwah ke kawasan-kawasan pedalaman Kenya menyeru suku-suku kaum di sana kepada Islam. Namanya mula terkenal di kawasan Afrika Timur dengan gelaran "Habib".

Pada tahun 1375 H (1955 M) beliau berhijrah ke Kampala, Uganda dan menetap di sana selama 13 tahun. Beliau menumpukan sepenuh masanya untuk mengajar dan menyeru masyarakat kepada Allah. Banyak pemuda Afrika yang belajar dengannya, kemudiannya menjadi Qadi, para guru agama dan pendakwah. Beliau sendiri pergi ke segenap kawasan, hutan mahupun gurun, untuk berdakwah terutamanya di Uganda, Congo, Tanzania dan negara-negara Afrika Timur lain. Beliau berjaya mendirikan banyak Masjid dan sekolah serta mengislamkan ramai penyembah berhala dan Kristian di sana.

Usaha dakwah Habib Ahmad di Kenya dan Uganda telah menyebabkan peningkatan yang begitu besar jumlah ummat Islam. Sebagai seorang guru yang tidak pernah mengenal penat, masyarakat yang inginkan ilmu, barakah atau nasihat berpusu-pusu datang ke rumahnya. 

Habib Ahmad Masyhur antara hamba Allah yang benar-benar menghambakan diri sepenuhnya hanya buat Allah. Beliau sentiasa menjaga wirid dan solat sunnah. Tidak pernah beliau gagal untuk bangun menunaikan Qiamullail hatta ketika bermusafir. Beliau meniti jalan nenek moyangnya dan merupakan replika hidup kepada mereka dalam melaksanakan dan menunjukkan bagaimana Sunnah Rasul dihayati.Beliau ada mengarang sebuah kitab yang amat Masyhur yaitu kitab "Miftahul Jannah",kitab tersebut juga sudah di terjemahkan kedalam pelbagai bahasa dan tersebar keseluruh penjuru dunia,dalam bahasa Inggeris kitab nya sangat laris dengan nama "Key to Garden"...
Kitab karangan beliau amat di berkati oleh Allah swt sehingga ramai lah manusia yang memperoleh Hidayah dan memeluk Islam dengan hanya setelah membaca kitab beliau..
Mudah-mudahan Allah kurniakan kita cinta kepada Beliau dan seluruh anak cucu Nabi Muhammad saw sehingga dapat kita berhimpun bersama-sama mereka nanti dibawah barisan Sayyidina Muhammad saw...

Tiada ulasan: