Khamis, 28 Mac 2013

Khalifah Yang Sebenar

Aku sayang Guru-Guru aku kerana mereka adalah keturunan Kekasih Allah Nabi Muhammad saw,kerana sanad ilmu dan da'wah mereka juga bersambung langsung dengan moyang mereka Nabi Muhammad saw dan Akhlaq yang mereka tonjolkan adalah Akhlaq yang mereka praktikkan daripada contoh Akhlaq moyang mereka Nabi Muhammad saw..Aku berbai'ah dengan mereka kerana aku sangat-sangat yaqin yang mereka lah manusia yang paling layak untuk semua umat Muhammad saw berbai'ah untuk menyambung pertalian langsung dengan Sayyidina Muhammad saw.
Berbai'ah dengan mereka sama lah seperti kita berbai'ah dengan moyang mereka Nabi Muhammad saw..menggembirakan hati mereka bererti menggembirakan hati Nabi Muhammad saw..kalau Nabi Muhammad sendiri dah gembira dengan kita,apa lagi yang tak cukup bagi kita selama hidup kat dunia ini..berbahagia dan sangat-sangat beruntunglah manusia-manusia yang hidup dan mati kat bumi Allah ini dalam keadaan Nabi Muhammad sangat bergembira dengan dia...aku akan sediakan beberapa dalil dan hujah yang aku mampu sediakan untuk membuktikan kepada korang bahawasanya manusia yang layak menerima dan menjadi saksi bai'ah/perjanjian dengan Allah adalah anak cucu kekasih Allah sendiri yaitu Nabi Muhammad saw..
    1)Beberapa ayat dari al-Qur’an diturunkan mengenai saudara Rasulullah saw dan ketua Ahlul Bait iaitu Saidina Ali bin Abi Talib (ra) yang diasuh di rumah Rasulullah saw sejak dari kanak-kanak lagi.
Dia dibesarkan dalam jagaannya dan dia berakhlak mengikut akhlak Nabi saw Dia beriman dengan (Muhammad) ketika berumur 10 tahun. Dia membenarkan Rasulullah dan mengikutinya . Ali adalah pembawa bendera perangnya dan tenteranya yang gagah berani dalam ke semua medan peperangan. Peperangan Badar, Uhud, Hunain, Khaibar, Zat al-Salasil dan lain-lain medan pertempuran yang mencatatkan kemenangan kepada Islam dan yang disaksikan oleh Rasulullah saw dengan menyusun perkataannya bagaikan bintang-bintang kebesaran yang menghiasi lembaran-lembaran sejarah dan meletakkan di kalangan manusia contoh yang tinggi dalam pengorbanan dan jihad.
Setelah meneliti sebab-sebab turunnya ayat: “وَ يُطْعِمُونَ الطَّعَامَ” kita dapati bahawa ayat yang diturunkan mengenai Amirul Mukminin dan Imam al-Muslimin, ‘Ali bin Abi Talib dalam al-Qur’an selain daripada apa yang telah Ulama' sebutkan mengenai Ahlul Bait adalah menerangkan:
i) Keberanian Ali, dan pengorbanan pada jalan Allah.
ii) Ketabahannya dalam menerima kesengsaraan dan penghinaan.
iii) Kewarakan, ketaqwaan, amalan dan usahanya serta kepimpinannya terhadap orang-orang yang beriman.  
   2)Sebagai contoh aku kongsikan di sini beberapa ayat antaranya:
1- Ayat al-Wilayah
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُولُهُ وَ الَّذِينَ ءَامَنُواْ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَوةَ وَ يُؤْتُونَ الزَّكَوةَ وَ هُمْ رَاكِعُونَ وَ مَن يَتَوَلَّ اللَّهَ وَ رَسُولَهُ وَ الَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَلِبُون
“Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat dan mereka tunduk (kepada Allah) dan barangsiapa yang menjadikan Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.”
Al-Zamakhshari menyebutkan dalam Tafsir al-Kashshaf seperti berikut:
bahawa sesungguhnya ayat (di atas) diturunkan pada Ali kr (karramallahu wajhah) ketika ada seorang meminta kepada (Ali) yang sedang rukuk dalam solatnya, lalu Ali campakkan cincinnya yang terus meluncur dari anak jarinya, jadi untuk mencabut cincinnya, ‘Ali tidak melakukan banyak pergerakan sehingga boleh membatalkan solatnya. Jika korang bertanya macam mana boleh bahawa (ayat) itu mengenai Ali sedangkan lafaznya adalah lafaz jamak (وَ هُمْ رَاكِعُونَ) Aku jawab: didatangkan dengan lafaz jamak walaupun sebabnya seorang sahaja ialah untuk mengalakkan orang supaya meniru perbuatannya (Ali) dan mendapat ganjaran pahala sepertinya, dan untuk memberi ingatan bahawa tabiat mukmin wajib menuju ke matlamat ini iaitu memelihara kebaikan dan ihsan seperti mengambil perhatian terhadap orang-orang faqir, sehingga memaksa mereka untuk (melakukan) sesuatu yang tidak boleh dilambatkan walaupun dalam keadaan mereka sedang solat, tidak boleh dita’khirkan hingga selesai sembahyang.
Al-Wahidi menyebutkan dari al-Kalbi mengenai sebab-sebab turunnya ayat ini:
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُولُهُ وَ الَّذِينَ ءَامَنُواْ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَوةَ وَ يُؤْتُونَ الزَّكَوةَ وَ هُمْ رَاكِعُونَ
Ia berkata: bahawa akhir ayat ini adalah mengenai Ali bin Abi Talib ra kerana dialah yang memberikan cincinnya kepada orang yang memintanya ketika ‘Ali sedang rukuk dalam solatnya.
Beberapa kitab tafsir dan hadith juga telah menyebutkan tentang turunnya ayat ini kepada Saidina Ali, Aku tinggalkan huraian yang aku boleh datangkan semampu aku mengenai perkara ini dan kepada korang yang ingin mengetahui lebih lanjut sila rujuk kepadanya.

Tiada ulasan: