Khamis, 28 Mac 2013

Bahtera Nabi Nuh A.S

Aku sambung sikit cerita dan pengalaman aku...Cucu-cucu Nabi yang aku perkenalkan dalam blog ini semuanya adalah orang yang paling aku sayang,aku sanjung dan aku jadikan model untuk meletakkan diri aku sebagai Pejuang..Terutama Habib Omar..dari umur enam belas tahun aku di asuh,dididik dan dijaga dibawah kelolaan beliau..
Beliau seorang Murabbi besar dalam hidupku..dibawah asuhan beliau,aku kenal hidup,aku kenal susah dan aku kenal segala-galanya..dulu kalau aku susah,aku akan buat apa sahaja asalkan aku boleh hidup senang,tetapi Habib Omar mengajar aku dan mendidik aku bahawa kesusahan itu adalah sebuah kebahagiaan yang abadi kerana tidak ramai manusia yang senang akan selalu ingat Allah,tetapi ramai manusia yang susah akan selalu ingat Allah..Hakikat kebahagiaan adalah istiqamah bersama Allah..Istiqamah bersama Allah adalah tiap-tiap hari berfikir dan bertujuan tidak akan mengecewakan Allah,apatah lagi mengundang kemurkaan Allah..
Itu lah didikan Sang Murabbi Agung Sidi Alhabib Omar ben Hafidz,orang yang mempunyai pertalian zahir dan batin dengan Nabi Muhammad saw..dan aku juga mempunyai harapan yang tinggi untuk mengajak sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang aku sayang untuk sama-sama menaiki bahtera yang sama,bahtera yang sudah disiapkan Allah swt supaya perjuangan yang nak kita perjuangkan tidak sesat dan terpesong..Bahtera itu adalah jalan dan cinta anak cucu Nabi Muhammad saw..
Diriwayatkan oleh Abu Na’im dengan sanadnya danpada Sa’id bin Jubair daripada Ibn ‘Abbas berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
Ertinya:
“Perbandingan Ahli baitku di kalangan kamu adalah seperti bahtera Nabi Nüh a.s. ‘siapa yang menaikinya akan selamat dan siapa yang meninggalkannya akan tenggelam.”
Hadith ini juga telah diriwayatkan oleh Imam Al Hakim dalam Mustadrak As Sahihain.. dan berkata bahawa hadith ini sahih mengikut syarat Muslim, al-Muttaqi meriwayatkan dalam Kanz al-Ummal, Alhaithami dalam Majma’, Muhibuddin Attabari dalam Zakha’ir dan Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikh..
Diriwayatkan melalui sanad daripada Anas bin Malik berkata setelah berkata Rasulullah s. ‘a.w:
Ertinya:
“Sesungguhnya aku dan Ahl al-Baytku adalah diumpamakannya seperti kapal Nabi Nuh, barang siapa yang menaikinya selamat dan siapa yang meninggalkannya tenggelam."...
Nanti aku sambung lagi....

Tiada ulasan: