Jumaat, 29 Mac 2013

Al Imam As Syafi'ie ra


Imam as-Syafi’e rahimahullah lahir di Ghaza, Palestin pada tahun 150H/767M. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris as-Syafi‘e. Beliau mempunyai pertalian darah Quraisy dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Pada umur 10 tahun ibunya membawanya ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji dan selepas itu beliau tetap berada di sana untuk menuntut ilmu. Di Makkah Imam as-Syafi’e memulakan perguruannya dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, yakni mufti Kota Makkah ketika itu.

Kitab ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah al-Muwattha’ karangan Imam Malik bin Anas, dan Imam as-Syafi’e dalam usia 15 tahun telah pun menghafal keseluruhan kitab tersebut,beliau belajar dan menghafal Al-Muwatha’ hanya dalam masa sembilan malam sahaja,beliau telah diberi keizinan oleh gurunya untuk memberikan fatwa semasa umur 15 tahun lagi. Imam as-Syafi’e kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab Al-Muwattha’, yakni Imam Malik bin Anas. Ketika itu Imam as-Syafi’e baru berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik sehinggalah kewafatannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan Imam as-Syafi’e sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai.Antara anak murid Imam As-Syafi’e ialah Imam Ahmad Bin Hambal Al-Syaibani,(Mazhab Hambali).

As-Syafi‘e mempunyai beberapa keutamaan, berkumpul padanya apa yang tidak terkumpul pada orang lain. Beliau seorang bangsawan, beliau mempunyai agama dan i’tiqad yang sebenar, seorang yang sangat murah hati, mengetahui hadith sahih dan hadith dhaif, nasikh, mansukh, menghafal al-Quran dan hadith, perjalanan hidup para Khulafa’ ar-Rashidin dan amat pandai pula mengarang.

Imam as-Syafi’e meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir ketika berumur 54 tahun (Hijriah). Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul ar-Risalah. Kitab ini adalah yang terawal dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada sesebuah nas al-Qur’an dan as-Sunnah. Selain itu Imam as-Syafi’e juga meninggalkan kitab fiqhnya yang termasyhur berjudul al-Umm. Ajaran Imam as-Syafi’e diteruskan oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Abu Yaaqub al-Buwayti (231H/846M), Rabi’ bin Sulaiman al-Marali (270H/884M) dan Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani (274H/888M).

Imam Syafi'i Alim,Soleh dan tauladan yang telah membuat jasa yang maha besar untuk seluruh umat Islam..Kalau aku nak bandingkan dengan Syeikh Albani pun tak layak nak dijadikan bandingan,apalagi Dr Asri..tapi Subhanallah..sungguh tebal muka Dr Asri sebab dia begitu perasan sekali yang dia sudah mencapai tahap ilmu yang tinggi sama macam cikgu dia    tukang repair jam..
Yang aku pelik,biasanya tukang repair jam mesti mata dia tajam sebab tiap-tiap hari dia akan mengadap jarum jam,tapi Albani mata dia boleh tumpul pulak ketika baca kitab,mana tidaknya,satu dunia dia dan anak-anak murid dia hebohkan tentang kepakaran dia dalam ilmu hadith,tapi sayang kepakaran dia dalam ilmu hadith tidak menjadikan mata dia tajam untuk mengakui banyak hadith-hadith Nabi tentang kewujudan,kelebihan dan kemuliaan anak-anak cucu Baginda saw...
Imam Syafi'i ra sanggup dituduh rafidhi kalau cinta dan kasih beliau terhadap anak cucu Nabi saw itu akan menyebabkan ramai orang menganggap beliau rafidhi..
  " Imam Syafie terlanjur cinta kepada Ahlul Bait. Ia hanya merespon mereka dengan sahutan halus namun begitu kencang: “Bila cinta Ahlul Bait dinilai Rafidhah, maka bersaksilah hai segenap manusia dan jin, bahwa aku bersedia dikatakan Rafidhah!”. Ia tak peduli nama ataupun panggilan, karena ia sebatas ingin bercinta dan bercinta."
Semoga Allah cucuri rahmat dan maghfirah keatas ruh Al Imam Syafi'i dan himpunkan kami di mahsyar nanti bersama-sama dengan beliau didalam barisan Sayyiduna Muhammad saw...

Tiada ulasan: