Ahad, 31 Mac 2013

Pasukan Elit?

Aku masih lagi nak kongsi tentang pekida..sebab pekida seperti yang aku ceritakan sebelum ini,sebuah pertubuhan dan gerakan yang unik dan membingungkan ramai orang,khususnya orang-orang yang biasa bergaul dengan mereka,aku nak tegaskan juga kat sini,pekida dari istilah tersurat dan tersirat nya,yaitu matlamat penubuhannya tiada masalah pun bagi aku,malah baik ianya di gerakkan kerana kita memerlukan semangat ramai orang islam untuk di suntik menghalakan semangat dan keberanian mereka ke jalan yang di sukai Allah dan Kekasihnya Nabi Muhammad saw..yang menjadi masalah bagi aku dan rakan-rakan aku kat luar adalah ketua-ketua mereka..jujur aku bagitahu,sekenal aku dengan ketua-ketua mereka dari k,lumpur,pahang,sebahagian di kedah dan johor,seorang pun aku tidak nampak ketokohan,kelayakan dan wibawa pada mereka untuk memimpin atau mengemudi sebuah bahtera yang ampuh lagi kukuh untuk membawa anak-anak melayu islam di Malaysia menjadi bangsa Islam yang di sayangi,di hormati,di geruni dan di segani oleh semua lapisan masyarakat yang bernafas di bumi bertuah ini..
Jadi jangan anggap aku tidak menyokong sebarang gerakan yang nak beri manfaat untuk islam dan umatnya,aku cuma tidak menyokong ramai manusia yang tidak bermanfaat yang di angkat dan di julang tinggi-tinggi dalam perjuangan dan gerakan suci ini..merekalah penyebab bangsa melayu islam di negara ini mnenjadi bangsa melayu bodoh dan bangsa yang dilihat tidak ada tamaddun langsung hari ini..kalau tak percaya,cuba korang tengok kiri kanan korang atau kawan-kawan korang yang terlibat dalam gerakan ini..apakah korang nampak wajah dan seluruh pergerakan mereka itu seperti mujahid yang sebenar atau tulin?sebab setahu aku,dan sepanjang aku bergelumang dengan diorang,aku belum nampak melainkan aku nampak orang-orang bodoh yang berbangga dengan maksiat dan kejahatan diorang kemudian berselindung disebalik jubah jihad dan pejuang islam..

Tiada ulasan: